Monday, July 21, 2008

boikot barangan ISRAEL





jom lah kita beramai2 memboikot barangan israel ni.

boikot ini bkn sahaja dapat memberi tekanan kepada negara israel malah dapat meningkatkan ekonomi negara. dimana kita boleh menggantikan barangan yg diperbuat oleh israel dengan barangan tempatan. mungkin kualiti nya xsebaik barangan luar tapi kita niatkn untuk membantu negara dan agama. dengan ini ekonomi negara akan bertambah dan insya ALLAH kualiti barangan tempatan turut meningkat, malah mungkin lebih baik daripada barangan luar negara. secara tidak langsung kita juga dapat pahala kerana membantu membangunkan negara dan memperthankan agama.

Sunday, July 20, 2008

mesyuarat pibg

mesyuarat ni smlm sbnr nyer. ingat nk post smlm tapi xsempat sbb blk kg. kt kg susah dapat online.

gi sek awal2 pagi kul 7 dah bertolak. sbb kena tulis laporan guru bertugas tuk minggu lps. sepatutnyer kena tulis ari2. tapi tah aper masalahnyer buku laporan tu gagal dikesan sejak hari selasa lepas. tu yg lewat tulis. ari jumaaat baru jumpa balik. dah ler ari jumaat tu ader 2 jer waktu yg kosong. waktu 1st dah abis tuk perhimpunan harian. waktu kosong yg lagi satu tu ler yg digunakan tuk buat laporan tu. tu yg sempat nk siapkan.

pagi2 bangun kul 6 dah ujan. sejuknyer... rasa cam malas jer nk mandi. tapi mandi lah gk sbb kena gi sek. kalo x, sure tgh hari baru mandi. nasib baik gak dalam kul 7 tu ujan dah berhenti. pendaftaran tuk para ibu bapa mula kul 8. lbh krg kul 8.30 ujan turun balik. kadang2 lebat kadang renyai2. bosannyer dengar ucapan perasmian oleh wakil rakyat. nasib baik lah dia bagi gk derma kt sek rm6000. rm5000 tuk blk boss n rm1000 lagi tuk jamuan yg makan. abis jer perasmian tu kul 9.45. sumer hadirin gi kantin menikmati jamuan yg ditaja oleh wakil rakyat tu. tapi xsempat pn nk sbb ramai sgt org.

terpaksalah tunggu jer dalam dewan tuk sesi mesyuarat lak. waktu ni ujan dah turun ngan selebat2nyer. tgh2 tunggu tu datang lah sorg student f1. xder lah bosan sgt. ader gk teman berborak. student ni mix cina ngan melayu. mak dia cina. mcm2 studen tu citer. dari citer family, gi melancong, hadiah kalo dpt no 1, mancing dan mcm2 lagi. mesyuarat start kul 10.15. tgh2 mesyuarat tu pn student tadi tu masih bercerita lagi. sakit kepala, xtau camner nk suruh dia senyap. macam2 laporan yg dibentangkn daripadakewangan pibg, pencapaian akademik dan kokurikulum, sampai lah ke perbahasan usul.

mesyuarat abis lbh krg kul 11. pastu sambung lak sesi cabutan bertuah. punyalah banyak nya cabutan rasanyer ader lah dalam 60 cabutan. yg hadir nyer tak sampai pun 300 org. so kebarang kalian tyk dapat tu mmg besar lah. dalam 5 org mesti ader sorg yg dapat. aku pn dapat gak cabutan yg ke 47. 1st time dpt cabutan bertuah. hadiah tu aku bagi kt student f1 tadi tu. rasanya cam jam dinding jer, kt umah dah ader, malas nk simpan banyak2.

then sesi pertemuan ibu bapa ngan guru kelas lak. aku tak jadi guru kelas, tapi kena tolong kelas 2k. ibu bapa yg dtg cuma sorg jer, so langsung xder kejer. so aku gi lah round2 kt sekitar bangunan tu kot2 ader penjaga yg sesat cari kelas ank dorg. jumpa gak 2 penjaga yg tak jumpa kelas, so bawak lah dorg kt kelas yg sepatutnyer. lps tu gi blk blk guru tanda buku sivik student. sempat tanda 5buah buku jer. pastu dah ader cikgu yg ajak blk. aku pn terus lah gi punch card n blk. waktu ni ujan dh berhanti. xder lah meredah ujan.

on the way blk ke umah sewa tu, moto lak buat hal, meter km/j dia tak naik. biasanyer ketuk2 sikit dia leh naik. ini xmau naik2 lak. sakit ati tul. sampai kat umah sewa, salin baju n kemas barang tuk blk kg. on the way blk kg singgah jap kt kedai motor tuk betulkn meter tu, tapi ramai sgt lk. malas nk tunggu terus jer blk. baru bertolak dalam 10km ujan turun balik, nasib baik lah renyai2 jer. uajn berhenti masa dah nk sampai kat bandar muar. kt tgh2 bandar muar ader sorg penunggang motor tegur ader masalah kt motor. tgk2 kabel meter dah tercabut. patut lah meter xnk naik. sampai kt kg tanggal kn terus kabel meter tu. sampai lah skrg xdibetulkn lagi. esok lah kot baru gi ganti baru kabel meter tu.

ok. stop kt sini.

Wednesday, July 16, 2008

hari kokurikulum

letihnyer arini..... ader ari koku. kena dtg pagi kul 7,30 pastu blk kul 4. hari yg agak membosankan dan meletihkan.

biasalah janji melayu kata nk mula kul 8.30 tapi jadi nyer kul 9.30. nk suruh org menepati masa tapi yg uruh tu ler yg lambat. biasa ler org penting. busy sgt ler pepagi tu. (entah2 lewat bangun pagi)

aktiviti yg dijalankan tu boleh tahan lah. ader persembahan mak yung, gamelan, kawad berirama, drama dan macam2 lagi lah. tapi persembahan yg paling best rasanyer kawad berirama kot. sebab lagu, gaya dan formasi yg digunakan tu menarik. salah satu lagu yg digunakan tu lagu kanak2 yg ader tanggo2 tu and kat last dia ader bunyi kucing

waktu yang membosankan masa pertandingan kawad. dorg berkawad berterabur, cam baru berlatin seari jer. sakit mate memandang. daripader 8 kumpulan yg bertanding, rasanya cuma ader 1 kumpulan jer yg oklah cara berkawadnyer. masa pertandingan tu ujan pulak. ujan tu sekejap ader sekejap xde. rasanyer ader lah dalam 4 ke 5 kali ujan tu main nyorok2. cam biskut lak.

petang nye dalam kul 2lbh ader perlawanan futsal persahabatan ngan staf sek keb yg dok sebelah tu. katae nk lawan futsal, tapi padang nyer punyalah besar. dah ler besar basah lak tu. sakit kepala. dah ler dah lamer tak main bola. rasanyer lps abis sek men dah xpernah main bola sepak. main futsal pun boleh kira ngan sebelah tgn. masa tgh main tu pulak leh tergelincir kat lopak air, luka sikit tapak tgn terkena kat batu. malan sungguh. tapi nasib baik lah menang gak game tu.

tah aper2 tah yg aku melalut ni. dah ler...

Wednesday, July 9, 2008

dah jadi guru ganti

bole tahan gak ngajar bdk2 sek men ni. ramaigak yg nakal2. tak leh bagi can lansung. sumer nk pijak kepala. ingatkan dah sek men ni bole le pikir maner yg baik. ni x, cam bdk2 lagi. ngater kat org jer aku nie, dulu aku pun samer cam dorg gak. hahahar..... padan muker aku. sbnrnyer yg nakal tu sikit jer. setakat 2,3 org. yg selebihnyer tu ok.

what ever pn aku doakan semoga semua anak2 murid aku ni menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa, negara dan keluarga. sepertimana yang terdapat dalam falsafah pendidikan kebangsaan.