Tuesday, April 14, 2009

Sunday, March 29, 2009

posting

alhamdulillah, akhirnya setelah sekian lama menunggu dapak gak posting. aku ditempatkan kat kolej kumuniti segamat.

Tuesday, October 21, 2008

derma darah

semalam aku gi derma dara kat pkns. xtau pn ader kempen derma darah kat situ. asalnyer gi sana cuma nk beli roti jer. yg best derma darah kat situ kejap jer sbb xramai org. tak yah beratur. bkn sbb org tak ramai nak derma, maybe belum masa puncak lagi kot, sbb masa tu baru kul 2.30, org lum abis kejer lagi. lagi pun kat pkns ni mmg biasa buat aktiviti derma darah. kekadang tu sampai 3-4 kali sebulan.

kawan2 sumer, jom lah kita samer2 derma darah. skrg ni kita bagi darah kat org, maner lah tau satu ari nnt kita lak yg memerlukan darah. kalo bukan kita pun maybe saudara2 terdekat kita. kalo buat baik, sure akan dibalas baik. tak kira lah di dunia maupun diakhirat.

kesimpulannyer marilah kita membudayakan amalan menderma. xkiralah dalam aper bentuk sekali pun. maybe duit, kelapangan masa, nasihat, perkakasan harian, darah, organ dan sebagainyer.

Sunday, October 5, 2008

guru ganti di shah alam

assalamualaikum


skrg ni aku jadi guru ganti kat shah alam lak. sblm ni kat mlk, jauhnyer aku merantau. sajer nk merasa kat tempat org. kata org jauh perjalanan luas pemandangan bermacam pengalaman dan ramai kenalan. sesuker ati aku jer.

best o... jadi guru ganti skrg ni. silibus dah abis. tinggal buat ulangkaji jer. taklamaer lagi final pulak. untung nyer aku. sesaper yg nk jadi guru ganti, ni ler masa yg paling best. xpening kepala nk ngajor bebudak.

aku kat sini sampai 3hb niv ni jer. pasni nganggur baik. tapi da tak lamer lah sbb maybe aku dpt posting bln 1 thn dpn. so past abis guru ganti kat sini aku nk rehat sepuas2 nyer kat umah.

ups lupa lak nk ucap selamat ari raya:

to all my beloved friends from my tadika(preschool) to university(s):>>
SELAMAT ARI RAYA
>>MAAF ZAHIR BATIN
>>KALO ADER SAPER YG NK SEDEKAH DUIT RAYA LEH POS KAT UMAH
>>PADER SAPER YG NK MINTAK DUIT RAYA, MAI LAH DTG UMAH AKU BERA,
TAPI SEINGAT AKU, AKU LOM ADER RUMAH BELI LAGI, SO SELAMAT LAH DUIT AKU.
JUST KIDDING...
>>SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT RAHMAT DAH HIDAYAH DARI YG MAHA KUASA
>>MOGA AMALAN YG DIAMALKN DIBLN RAMADAN YG LEPAS DAPAT DIKEKALKN
>>AMIN....

wasslam

HSPDA Modem

lamer dah tak update.

bkn tak mau update tapi tak sempat. sblm ni xde internet connection tu yg buat xsempat. la ni dah ader celcom broadband tu yg rajin online. baru beli hspda modem masa raya aritu kat mlk. aritu nk beli kt shah alam, tapi xjadi sbb mahal sgt. dah lah mahal pastu model lamer lak. nasib baik lah aku jeis yg penyabar gak org nyer, xbeli mase survay kat shah alam.
aku beli hspda modem kat melaka cuma rm369 jer. berbanding kat shah alam modem yg sama harganyer rm499. kat shah alam ader gak yg murah sikit harga rm399 tapi tu model lama and speed dia xsampai pun 1Mbps. yg aku beli ni boleh sampai 7.2Mbps.
pada sesaper yg nk guna wireless broadband tu aku suggest korg guna modem yg aku guna ni. murah and laju. tapi pada sesaper yg ader info tuk hspda modem yg lebih murah leh bgtau kat aku. leh kita kongsi samer2 info nni.

modem yg aku guna ni:
brand: vodafone mobile connect modem
interface: usb
speed: up to 7.2Mbps
price: rm369 (di mlk)
installation: plug and play(driver dalam modem) for win2k and lates

Monday, July 21, 2008

boikot barangan ISRAEL





jom lah kita beramai2 memboikot barangan israel ni.

boikot ini bkn sahaja dapat memberi tekanan kepada negara israel malah dapat meningkatkan ekonomi negara. dimana kita boleh menggantikan barangan yg diperbuat oleh israel dengan barangan tempatan. mungkin kualiti nya xsebaik barangan luar tapi kita niatkn untuk membantu negara dan agama. dengan ini ekonomi negara akan bertambah dan insya ALLAH kualiti barangan tempatan turut meningkat, malah mungkin lebih baik daripada barangan luar negara. secara tidak langsung kita juga dapat pahala kerana membantu membangunkan negara dan memperthankan agama.

Sunday, July 20, 2008

mesyuarat pibg

mesyuarat ni smlm sbnr nyer. ingat nk post smlm tapi xsempat sbb blk kg. kt kg susah dapat online.

gi sek awal2 pagi kul 7 dah bertolak. sbb kena tulis laporan guru bertugas tuk minggu lps. sepatutnyer kena tulis ari2. tapi tah aper masalahnyer buku laporan tu gagal dikesan sejak hari selasa lepas. tu yg lewat tulis. ari jumaaat baru jumpa balik. dah ler ari jumaat tu ader 2 jer waktu yg kosong. waktu 1st dah abis tuk perhimpunan harian. waktu kosong yg lagi satu tu ler yg digunakan tuk buat laporan tu. tu yg sempat nk siapkan.

pagi2 bangun kul 6 dah ujan. sejuknyer... rasa cam malas jer nk mandi. tapi mandi lah gk sbb kena gi sek. kalo x, sure tgh hari baru mandi. nasib baik gak dalam kul 7 tu ujan dah berhenti. pendaftaran tuk para ibu bapa mula kul 8. lbh krg kul 8.30 ujan turun balik. kadang2 lebat kadang renyai2. bosannyer dengar ucapan perasmian oleh wakil rakyat. nasib baik lah dia bagi gk derma kt sek rm6000. rm5000 tuk blk boss n rm1000 lagi tuk jamuan yg makan. abis jer perasmian tu kul 9.45. sumer hadirin gi kantin menikmati jamuan yg ditaja oleh wakil rakyat tu. tapi xsempat pn nk sbb ramai sgt org.

terpaksalah tunggu jer dalam dewan tuk sesi mesyuarat lak. waktu ni ujan dah turun ngan selebat2nyer. tgh2 tunggu tu datang lah sorg student f1. xder lah bosan sgt. ader gk teman berborak. student ni mix cina ngan melayu. mak dia cina. mcm2 studen tu citer. dari citer family, gi melancong, hadiah kalo dpt no 1, mancing dan mcm2 lagi. mesyuarat start kul 10.15. tgh2 mesyuarat tu pn student tadi tu masih bercerita lagi. sakit kepala, xtau camner nk suruh dia senyap. macam2 laporan yg dibentangkn daripadakewangan pibg, pencapaian akademik dan kokurikulum, sampai lah ke perbahasan usul.

mesyuarat abis lbh krg kul 11. pastu sambung lak sesi cabutan bertuah. punyalah banyak nya cabutan rasanyer ader lah dalam 60 cabutan. yg hadir nyer tak sampai pun 300 org. so kebarang kalian tyk dapat tu mmg besar lah. dalam 5 org mesti ader sorg yg dapat. aku pn dapat gak cabutan yg ke 47. 1st time dpt cabutan bertuah. hadiah tu aku bagi kt student f1 tadi tu. rasanya cam jam dinding jer, kt umah dah ader, malas nk simpan banyak2.

then sesi pertemuan ibu bapa ngan guru kelas lak. aku tak jadi guru kelas, tapi kena tolong kelas 2k. ibu bapa yg dtg cuma sorg jer, so langsung xder kejer. so aku gi lah round2 kt sekitar bangunan tu kot2 ader penjaga yg sesat cari kelas ank dorg. jumpa gak 2 penjaga yg tak jumpa kelas, so bawak lah dorg kt kelas yg sepatutnyer. lps tu gi blk blk guru tanda buku sivik student. sempat tanda 5buah buku jer. pastu dah ader cikgu yg ajak blk. aku pn terus lah gi punch card n blk. waktu ni ujan dh berhanti. xder lah meredah ujan.

on the way blk ke umah sewa tu, moto lak buat hal, meter km/j dia tak naik. biasanyer ketuk2 sikit dia leh naik. ini xmau naik2 lak. sakit ati tul. sampai kat umah sewa, salin baju n kemas barang tuk blk kg. on the way blk kg singgah jap kt kedai motor tuk betulkn meter tu, tapi ramai sgt lk. malas nk tunggu terus jer blk. baru bertolak dalam 10km ujan turun balik, nasib baik lah renyai2 jer. uajn berhenti masa dah nk sampai kat bandar muar. kt tgh2 bandar muar ader sorg penunggang motor tegur ader masalah kt motor. tgk2 kabel meter dah tercabut. patut lah meter xnk naik. sampai kt kg tanggal kn terus kabel meter tu. sampai lah skrg xdibetulkn lagi. esok lah kot baru gi ganti baru kabel meter tu.

ok. stop kt sini.